Fakulti Perniagaan & Komunikasi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Arau, Perlis | Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menggerakkan program kesukarelawanan dan mobiliti di negeri Malang, Indonesia.

Seramai 12 pelajar wakil dari kesemua fakulti di UniMAP mengikuti program yang dipanggil UniMAP Global Outreach (UniGO) ke Malang, Indonesia dari 11-15 Januari 2023 anjuran Pusat Pembangunan dan Perkhidmatan Pelajar (P3P) dan Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Kimia (FKTK).

Program ini merangkumi program kesukarelawanan dan mobiliti antarabangsa di Malang, Indonesia ke Sekolah Dasar Islam Surya Buana, Universitas Negeri Malang dan Universitas Briwijaya. Seramai 9 orang staf UniMAP dikalangan Pensyarah dan Pegawai Tadbir juga turut serta dimana telah dijemput dalam memberi perkongsian ilmiah dalam penyelidikan dan kepakaran masing-masing.

Pegawai tadbir P3P, En. Mohd Hafiz Mohd Shokri berkata, program UniMAP Global Outreach (UniGO) ini akan terus dilaksanakan dalam bulan yang mendatang ke beberapa buah negara di dunia seperti Thailand, Vietnam, Poland, Romania dan banyak lagi.

Katanya, program seperti ini dapat dimanfaatkan oleh para peserta dalam mempelajari adat dan budaya di negara lain selaras dengan Sustainable Development Goals (SDG) 4 iaitu Quality Education. Selain itu, program ini juga akan memfokuskan kepada pemikiran inovasi pelajar yang berkait rapat dengan SDG 9 iaitu Industry, Innovation and Infrastructure. Akhir sekali, UniGO ini juga melibatkan SDG 17 iaitu Partnerships for the Goals di mana UniMAP telah melakukan kerjasama bersama Universitas Negeri Malang dan Universitas Briwijaya untuk melaksanakan beberapa program bersama kelak.

Selain daripada melakukan kerjasama dalam kalangan pensyarah dari UniMAP dengan beberapa buah institut pendidikan tinggi di sana, para peserta juga belajar sesuatu yang baharu dari aspek tarian tradisional Malang yang dipanggil “Grebeg Sabrang” dan mempelajari cara untuk bermain Gamelan.

“Program yang diketuai oleh Profesor Ts Dr Mustafa Albakri; Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Kimia (FKTK),” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

#UniGO #UniMAPGlobalOutreach #UniMAPmantap

unigo

Dua orang pelajar FPK yg menyertai program UniGO di Malang, Surabaya, bergambar bersama PM Ir Dr Mohd Arif Anuar, Dr Julinawati Suanda dan Encik Ahmad Muaz.

Mereka ialah:
1. Wan Muhammad Hazeeq Bin Shahriman
- Perniagaan Antarabangsa
- Pelajar Tahun 2
2. Muhammad Razien Rosyaidie Bin Sharif
- Komunikasi Media Baharu
- Pelajar Tahun 2

 

Head Office

Faculty of Business & Communication
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Pusat Perniagaan Pengkalan Jaya
Jalan Alor Setar-Kangar
01000 Kangar, Perlis

Tel : 04 - 9797707  Fax : 04 - 9797708

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Visit Us

Copyright @ FPK UniMAP 2023 | https://fpk.unimap.edu.my